Yesss! Yess! Dah berjaya. Setelah membuat beberapa panggilan ke 3 institusi berbeza, akhirnya Aku telah berjaya menemukan sinar di penghujung terowong masalah itu. Alhamdulillah, dah selesai. Kalau tidak tak pasal-pasal Aku kena ulang semua proses itu yang seterusnya akan mengganggu tugas-tugas Aku hari ini. Percayalah ia tidak seronok, tapi seronok bila kita dapat kepastian bahawa masalah itu sudahpun berakhir.
Di mana silapnya? Hemmm...tak payahlah Aku dedahkan kesilapan orang. Yang pentingnya Aku dah dapat pengajaran berharga:
1. Kita tak akan tahu, kalau kita tak cuba
2. Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek
3. Kalau tak tahu, tanya...
4. Jangan suka berprasangka
5. Kan Aku sendiri dah cakap, "Kita tak boleh ubah orang, tapi kita boleh ubah kita"
Heh...heh...Aku...Aku...
Anyway, semua ini telah mendatangkan keinginan untuk Aku menempekkan di sini sebuah lirik lagu yang selalu memberikan Aku semangat supaya berfikiran positif dan yakin boleh.
*************************************************************************************
FIKIRKAN BOLEH
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
2 comments:
hari-hari kena nyanyi lagu ni...
Yalah...setuju! Buat masa hari Isnin time semua orang kena pakai tudung/tali leher oren itu...giler bersemangat!
Post a Comment