Kadang-kadang dalam hal memberikan pertolongan ini pun kena banyak bertimbang tara. Kena pula kalau banyak hati yang nak kena dijaga. Takut kalau terlebih membantu pihak yang ini, dikatakan kita memihak kepada belah sini pula. Dituduh berat sebelah gamaknya.Tapi kalau dah bersungguh-sungguh orang meminta tolong, tak sampai hati pulak nak tolak. Kalau ditolak, nanti orang ingat kita ni tak ada perasaan pulak. Macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk sendiri aje.
Sebelum ini pun Aku berlagak tak ambil tahu sahaja. Kain sendiri pun belum tentu koyak atau tidak, ini sibuk pula nak menjaga tepi kain orang. Untuk tidak menghampakan, Aku cuma mampu menjanjikan compliance level paling rendah, cukup-cukup untuk memenuhi permintaan sahaja. Samada sampai hajat atau tidak, terpulang pada peluang dan nasiblah agaknya. Yang penting, Aku sudah mencuba.
Memang entry kali ini macam teka-teki sahaja. Memang itulah pun maksudnya. Agar tidak tertangkap apa yang tersirat. Hanya sekadar untuk membebaskan apa yang tak wajar disimpan lama. Takut kalau lama terperap, mengganggu pula sistem pemikiran sedia ada.
2 comments:
setuju sangat, dalam keadaan tertentu compliance level paling rendah yang lebih baik..
Baru je dapat tau,apa yang diharapkan tu tak dapat. Kena bagi tau pihak yang mengharapkan tu. Serba-salah dibuatnya.
Post a Comment