Maka terciptalah sejarah politik di Amerika Syarikat apabila seorang Senator African-American, Barack Obama berjaya memecah dominasi kepimpinan White House dengan menjadi Presiden kulit hitam pertama negara itu. Dengan keputusan 297 berbanding 138 yang diperolehi oleh lawannya, Senator John McCain, ternyata Obama telah mencatatkan kemenangan yang bergaya. Satu dunia riuh rendah dibuatnya membicarakan hal ehwal pilihanraya negara itu. Masing-masing sibuk membuat andaian dan jangkaan, tak kurang juga yang menyatakan sokongan. Macamlah ada apa-apa yang boleh diharapkan dari perubahan kepimpinan negara yang kata John McCain dalam ucapannya sewaktu mengumumkan kekalahannya itu, "the greatest nation on earth". Apapun yang berlaku di sana, rasanya parti-parti politik di negara Malaysia ini sepatutnya buka mata dan belajar macamana mahu menjadi pemimpin yang berkredibiliti.
Memang kalau dilihat, sudah sepatutnya perjalanan sejarah yang panjang negara itu dapat sedikit sebanyak memaparkan tahap kematangan yang tinggi dalam menangani pengundian dan aktiviti berkempen. Bahkan dari segi pemikiran rakyat yang mengambil bahagian mengundi juga rata-ratanya dilihat begitu prihatin untuk menjalankan tanggungjawab membuat pemilihan. Mereka mengatakan yang mereka mengambil kira kedua-dua manifesto parti Democrat dan Republican...dan kemudiannya menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk menilai siapakah yang lebih layak. Begitulah sepatutnya, kan? Jangan dengar satu pihak atau satu sumber sahaja, di zaman informasi ini kita sepatutnya mampu memperolehi cukup maklumat untuk membuat keputusan...he..he..
Dan yang paling menarik sekali yang Aku rasa Malaysia patut belajar ialah cara-cara menerima kekalahan yakni kalah dengan bermaruah. Walaupun tewas setelah puas berhempas-pulas berkempen, Senator John McCain dalam ucapannya telah meminta semua penyokong-penyokongnya agar memberikan sokongan kepada Presiden baru supaya Presiden ini dapat dibantu menjalankan tugas-tugasnya dengan lebih berkesan demi kebaikan negara. Perg!!! Kiranya, jangan duduk buat masa asyik menghentam mencari kesalahan la tu...yang penting pandang ke depan sebab yang paling penting sekali ialah usaha untuk membolehkan negara menjadi negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang...errr...saja la aku tambah sikit bagi lebih bersemangat...ka...ka..ka...
Baguskan? Dah tahu rakyat telah membuat pilihan, kenalah hormat dan terima. Buatlah kajian dan mana-mana yang tak betul...betulkanlah. Kena terima hakikat dulu, lepas tu barulah berusaha apa yang patut untuk meraih kembali kepercayaan rakyat. Ini tidak, asal kalah aje semua kata dia kena sabotaj la, ada orang dengki kat dia la, taktik kotor lawan la, habis cerita luar dalam kain keluar. Kalau sekejap tu tak apalah jugak...ini dah berbulan-bulan sampai menjejaskan produktiviti negara. Yelah, memangpun belum kalah betul...sepatutnya bersyukur sebab tak tersungkur terus. Kiranya masih ada harapan cerah untuk memperbaiki keadaan. Sayangnya diaorang ni selalu sahaja bermimpi di siang hari. Mahu yang elok-elok sahaja untuk diri sendiri tapi tak mahu ambil tahu apa yang berlaku di luar kepompong kehidupan mereka. Jadilah mereka takbur dan riak..penuh dengan kesombongan. Menyangkakan yang bulat akan terus datang bergolek dan yang pipih akan terus datang melayang.
Alangkah ruginya! (Aku, kau, dia dan kita-kita yang sayangkan negara ini...)
6 comments:
komen tak berkenaan dgn entri - cuma sekadar mengucapkan hai.. amboi2 hang berblog tak bagitau pun naa...
Gomen nasai...he..he...nak bagitau jugak tapi tak kesampaian sebab segan pun ada gak...tak terlawan Look Again...hi..hi...
Thanks for visiting, Az. Jemputlah singgah selalu. Weiii...bila nak dating ngan aku??? Dapat sikit omeyage pun okey gak...fridge magnet kaa...wakakakaka...
fridge magnet takdak... nanti aku check omiyage apa yg tinggal... kalau takdak utk hang, utk anak hang pun ok la kan? tapi tu lah, aku kat putrajaya, hang kat kl nun jauh sana, tu yg susah nak dating tu...
aku punya blog pun biasa saja... an outlet for rants and ramblings, heheh...
Omeyage tak de tak per...acah ajer. Syukur Az sekeluarga dah selamat pulang. Nantilah kita set bila boleh jumpa ya. Kalau Aku ada meeting kat Putrajaya , aku singgah la. Bagi la contact details opis baru kay, send email pls.
Kebanyakan ahli politik kita tak boleh menerima kenyataan apabila kalah. Mulalah memberi pelbagai alasan, menyalahi segala galanya kecuali diri sendiri.Susah untuk dengar yang bilamana kecelakaan melanda, mereka akan terus mengaku yang "saya bertanggungjawab di atas perkara tersebut"......
Kang Aku suruh gak kang sekor-sekor 'harakiri" baru tau!
Post a Comment