Kadang-kadang kita terlupa yang kita ini ada expiry date. Mungkin sebab itu kita terlalu sibuk dengan urusan dunia sampai sedar-sedar kita jadi malu sendiri sebab entah apa-apa entah bekalan yang hendak kita bawa bersama untuk hidup yang kekal di sana nanti. Benda tak nampak, begitulah. Kita rasa umur kita panjang. Tak sedar agaknya rumah dah suruh pi...pi...kubur pulak dok panggil mari..mari...
Tak pe USJ, memanglah pagi tadi kita bercerita tentang...alamak! dah terasa tua la diri ini...he...he...he...yang aku kaitkan pasal mati ni bukan apa, nak mengingatkan diri Aku sendiri ajer. Aku kan kadang-kadang bertindak entah apa-apa, macamlah heran sangat apa yang berlaku sekarang ini kan...patutnya Aku buat derk...ajer...pasal tak ada apa sumbanganpun untuk peningkatan iman. Menjahamankan lagi adalah...heh..heh...Aku insan yang lemah! Tapi sementara menunggu panggilan tu, kita kenalah buat pengisian hidup yang sehabis baik, betul tak? Ya betul!!!! Insyaallah.
Teringat pulak cerita SirapMadu saat dia menyaksikan jenazah arwah adik iparnya diturunkan perlahan-lahan ke liang lahad. Aku yang mendengarpun rasa macam berada sama dekat situ. Nak-nak pula imaginasi aku yang berlebih-lebihan ni, siap ada slaid tayangan lagi tau...aduhhhh! Sebenarnya kalau ikutkan pengalaman, sekalipun Aku belum pernah berada di kuburan menyaksikan pengebumian secara langsung. Dulu orang cakapkan kaum perempuan ini tak elok pergi. Aku darjah satu masa first experience orang terdekat meninggal. Mak saudara Aku. Tapi rasanya Aku ingat yang sepanjang malam, Aku tidur sebelah jenazah. Sedar-sedar siap tidur peluk jenazah lagi...almaklumlah, malam tu semua orang tidur bergelimpangan entah kat mana-mana. Lepas tu arwah Tok Wan Aku meninggal tahun 1991. Pun Aku menghantar sampai ke laman rumah aje. Sama jugak bila Tok Aku meninggal tahun 1993. Time cousin Aku meninggal, Aku pulak kat kampus tak dapat balik. Jadi, Aku belumlah ada pengalaman mendengar sayu dan takutnya kala talkin dibacakan.
Apapun untuk diriku ini sendiri, insyaallah, Aku harap Aku dapat selalu cuba ingat bahawa akan tiba saat dan ketikanya yang Aku akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Mudah-mudahan hati Aku tak akan mati dan Aku tak akan cepat melatah mendepani ujian dan masalah bersifat keduniaan ini kerana dengan mengingati mati barulah Aku akan tersedar bahawa adanya benda lain yang lebih besar untuk difikirkan, berbanding masalah remeh yang ada.
Anyway, harap Lotuslily dan SirapMadu berjayalah menempatkan diri mereka untuk mengikuti kursus pengurusan jenazah itu. Dengarnya pagi ni permohonan dah tutup. Ini kira dah dua kali Aku tak dapat ikut serta. Kali pertama sebab permintaan banyak sangat, kami lambat mendaftar. Kali ini pula sebab kebetulan Aku dijadualkan untuk kursus "Effective Use of Telecommunications/ICTs in Response to Disasters: Saving Lives" anjuran ITU Asia-Pacific Centers of Excellence yang berlangsung dari 24-28 Nov di kampus UUM. Jadi melepas lagilah. Tak apalah, next time adalah peluang tu.
2 comments:
pengalaman di jepun - dua kali jenazah muslimah diuruskan di masjid asakusa. tapi masa tu i couldn't help sbb skali tu masa tgh pregnant dan sekali lagi masa masih dalam pantang. sisters lain pun tak kasik tolong mandikan - cuma tolong siapkan brg2 je untuk diorg uruskan jenazah. tapi masa my maternal grandma meninggal tahun 2003 - adalah tolong mandikan juga...
anyway - pengalaman mengikuti kursus dan amali menguruskan jenazah are two different things... ada org yg masa kursus terer giler, tapi tak ckp kuat semangat masa berhadapan kes sebenar. dan org yg menguruskan jenazah ni mesti amanah dan tahu jaga nama baik keluarga jenazah yg dah diuruskan...
Itulah, ingat nak ambil ilmu dulu. Manalah tahu kalau-kalau dapat menolong. Almaklumlah, tak ada apa yang dapat Aku sumbangkan sangat...Macam mak Aku, dulu dia main menyendeng je sebab menolong dan disorong ke depan...sekarang alhamdulillah, memang kalau ada kematian kat kampung tu, orang akan cari dia.
Post a Comment