Wednesday, November 12, 2008

Cis! Berani ya...

Aku dah lama dengan Dia. Bukannya Kau tak tahu. Semua orang pun tahu. Dia milik Aku. Tapi kenapa Dia juga yang Kau mahu? Bukankah Kau boleh sahaja memilih yang lain? Yang masih available untuk Kau miliki. Ini yang buat Aku angin satu badan ni!!!

Bila Aku tanya Dia, Dia pun diam aje. Paling tidak pun Dia cakap Engkau yang terhegeh-hegeh datang kat Dia. Tak kan Dia nak tolak? Eh! Eh! Ya tak ya, Aku pun tak bolehlah 100% menyalahkan Engkau sebab kalau bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi? Aku tahulah Aku ini tak seberapa...Tapi Engkau kena ingat, ini hari hari Engkau. Lain hari belum tahu lagi tau!!!

"Eh! Apsal ni pagi-pagi dah upset?"
"Ni haaa...MyVi hitam sapa la pulak ni yang berani parking kat tempat peberet Aku ni.."
"Laaa...itu kan first come first serve..."
"Banyak lagi tempat kosong..tu..tu...bersepah...hak yang ni jugak la dia nak kebas! Hampeh tul!!!

Alkisahnya...dah berbulan-bulan Atoz cun tu lepak situ, tetiba hari ni kena caras!

2 comments:

sirapmadu said...

Sebab tulah ari ni aku kena park sebelah kembar aku Si Aveo biru tua tu..sbb tempat aku engko kebas..

Telipuk Kuala said...

Hihihi...aku tak kira, janji duduk gak kat tepi dinding situ...terpaksa la aku berhati kering mengebas tempat ko...lagipun ko kan masih belum capai taraf pemastautin tetap..wakakakaka...