Monday, November 01, 2010

Pot Luck #2

Alhamdulillah, jamuan makan-makan ala pot luck buat kali kedua telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Sebagai pengerusi Biro Keceriaan yang belum lagi digulingkan, Aku tumpang seronok dengan sokongan padu yang diterima. Malahan, boleh dikatakan rata-rata penghuni perkampungan 7 Selatan teruja dengan program yang pertama kali diperkenalkan pada bulan lepas. Insyaallah, kalau sokongan berterusan, dapatlah kita nikmati saat-saat indah ini setiap bulan ya.

Menu utama ialah nasi kerabu. Kali terakhir makan nasi kerabu, rasanya masa zaman anak dara dululah masa duduk membujang kat Pantai Dalam nun.

Pelengkap kepada hidangan nasi kerabu yang disediakan secara 'gotong-royong; (tapi lebih berat ditanggung oleh anak-anak Pantai Timur yang berdua itu...) ialah...

Ulam-ulaman. Yang ini sumbangan adik Seripagi yang tidak dapat hadir kerana anaknya tidak sihat.



Daging bakar yang disediakan penuh kasih-sayang oleh Puan Sirapmadu kita...sedappp!!!



Ikan celup tepung. Pun disumbangkan oleh warga yang tak dapat hadir. Nasib ikannya sampai gak eh. Itu gara-gara sudah ambil cuti tapi terlupa tarikhnya.



Kuah tumis air tangan ukhti Laila. Orang kata hok ni kalau sedap, sedaplah nasi kerabunya.



Sambal kelapa pun hasil gaulan berseni kak Laila. Pun penentu tahap kesedapan nasi kerabu. Pergh...first time lah Aku tambah dua kali...erk...sedaplah!



Solok lada pun kak Laila buat. Memang otai lah. Terima kasih. Err...bola hari tu Aku sokong team The Red Warriors tau...ekekekeke...



Telur asin. Hemmm...inilah julung kalinya Aku makan sesudah Ramadhan lalu.



Tidak dilupakan...budu...hahaha...hok ni kira 'wajibul ngunnah' bak kata Rosebud, juga otai masakan Klate yang sukar dicabar.



Nasi kerabu berwarna biru dan nasi putih juga disediakan seperiuk satu. Kedua-duanya ditanak sekitar jam 8 lebih pagi tadi oleh chef-chef yang memang pakar dalam bidang masing-masing. Perghhh...semangat!!!



Selaras dengan tema Pantai Timur itu, nasi dagang juga disediakan. Tajaan Tuan Loyar kita. Terima kasihlah.



Ini gulai ikan tongkol yang dimakan bersama nasi dagang. Aku tumpang tengok jer.



Lain-lain lauk pauk yang disediakan untuk dimakan bersama nasi putih bagi yang kurang menggemari nasi kerabu.

Kari Kambing Seri Melaka yang dibawa khas dari Melaka...betul, wa talak tipu maaa....tak caya tanya Aku...hihihi...



Dry Chicken Curry sumbangan ibu cik Baizi. Dia siap tanya bulan depan nak masak apa pulak? Cayalah auntie!



Sambal udang sumbangan kak Lotuslily. Ada satu lagi turut disumbangkan oleh team T&I. Yang ini pun Aku tumpang tengok jer lah...



Sambal sotong mak Aku.



Manakala hidangan lain yang turut disumbangkan berupa kuih-muih yang banyak terlupa nak ambil gambar. Termasuklah kuih akok sumbangan Rosma, puding kastard berlapis Hoben Jang Hoben sumbangan Asma, agar-agar laici Ghani, agar-agar milo (tak sempat rasa daaa...) dan yang ada gambo lak...

Kuih Seri Muka Bukit Mahkota tajaan Linda.



Popiah Istimewa Seri Malaysia sumbangan kak Ana.



Keropok lekor (aka kopok gote) yang digoreng dengan jayanya oleh USJ.



Cucoq Udang Yours Truly...hahaha...ada udang tau!



Manakala perasmi-perasmi awal acara ini adalah...jeng...jeng...jeng...Sirapmadu!



Dan Mek Da yang dipenghujung majlis sibuk mencari gula untuk dicicah dengan ubi kayu rebus yang dibawa oleh team T&I. "Kita oghang utagha mana reti makan cicah dengan sambal ni kan, kak Nira?". hahaha...



Tak pe, next time kita buat tema "Utara" pula yah. Psttt...ada orang dah offer ayam masak merah. Aku boleh buat Ayaq Asam Parit Buntaq (sekali rasa mau lagi...). Tapi bak kata akak Lotuslily, buat bulan Januari ajelah, bulan Disember ramai yang cuti. Okaylah, nanti chief tengok anak bulan dulu, ya...cari tarikh yang sesuai. Insyaallah, sambung tahun depan, kay...pasal sekarang dah 'trauma' tengok makanan (short term effect akibat terlebih makan).

No comments: